Anda boleh melakukan berbagai-bagai dengan entri anda di sini. Mengedit atau memadamkan entri, menukarkan seting, menambahkan is sebagai kegemaran anda, menghantarkan ia kepada kawan anda, atau terbitkan ia di laman web lain. Jika entri anda ialah gambar, anda boleh memutarkan ia atau set sebagai gambar profil dalam dua klik. Pilih aksi yang berkenan dari senarai di sebelah kanan anda. Anda juga boleh memberi komen pada entri diri anda di sini atau (jika anda suka bersosial) membalas komen yang anda terima. Masukkan komen anda di kotak teks di bawah
Hari
ni adi kena jadi MC utk Showcase Anggun kat Hotel Istana KL, acara
bermula jam 9 malam, tapi Adi dah terpacak kat hotel dalam pukul 4 utk
rakaman ERA TV dan juga rehearsal. Hari ni hujan turun mencurah curah
membasahi KL...nasib baik adi sampai awal..kalau bertembung dengan org
balik kerja..habis la..hehehe
Pic: Im not singing!!! im talking...hmmm
Honestly ini
pertama kali Adi mengendalikan penonton yang berlatar belakangkan
urban..terdiri daripada YAM Anakanda Sultan Pahang , VVIP hingga la
peminat -peminat Anggun...gementar tu ada la jugak....hehehe....tapi
bila dah keluar 2 kali ke pentas..gugugp tu pun hilang , Alhamdulillah.
Pic: Imran Ajmain beraksi
sebelum Anggun beraksi, Imran Ajmain membuka persembahan terlebih dahulu dengan lagu "Selamat Ulang Tahun Sayang"dan sebuah lagu daripada Anggun...sebuah lagu english...
Pic: Nurul pun ada...nak lawan Anggun yer?...
Selepas
Imran Ajmain, terus adi memperkenalkan Nurul yang memulakan persembahan
dengan lagu dia sendiri dan juga seterusnya menyanyikan lagu Anggun
yang bertajuk "KEMBALI"....yang juga merupakan salah satu lagu
kegemaran Adi..
Pic: Anggun yang anggun!!
Selepas
Nurul, adi naik kembali dann memperkenalkan Anggun yang sememangnya di
nantikan ramai..hahaha...Anggun muncul dengan pakaian yang agak seksi
dan nampak anggun la semestinya..
Pic: Jangan lupa beli album saya...ELEVATION
Dalam
showcase ini Anggun mempersembahkan 5 buah lagu shj bersama iringan
gitar oleh Eddrie hashim dann juga piano oleh Rozario. yup..persembahan
secara akustik...boleh la dengar suara Anggun yang husky tu sejelas
jelasnya....sesuatu yang menarik berkenaan dengan Anggun ni..dia pandai
berinteraksi dengan penontonnya..yup..tak perlu nak buat lawak...sebab
apa yang hadir dari mulutnya akan membuatkan penonton ketawa dan
tersenyum ...termasukla dia mempersendakan dirinya sendiri secara
sinis...hahahaha..memang cute dan sempoi jer...tapi elegan..hehehe
Pic: Amy Search juga hadir memberi sokongan.
Ramai
artis artis dan celebriti yang hadir seperti Amy Search, Nora, Johan
Nawawi, Faradhiya, Zizie Izzeta, Tom Abang Saufi, Cikgu Siti Hajar dan
beberapa lagi yang Adi tak perasan..tapi dia memang ada....
Pic:Imuda membawa hadiah kepada Anggun..lukisan wajahnya..
paling
menarik ialah kehadiran Abg Imuda yang membawa lukisan 'tak siap' lagi
wajah anggun..katanya dia baru perasan Anggun ada kat KL bila dia baca
paper ptg tadi..dan dia terus melukis wajah Anggun di atas canvas
bermula jam 3 ptg tadi..dan semasa di bawa ke showcase ini lukisan
tersebut belum lagi siap...
Pic: The Fabulous Catz pun ada...
Selepas
sahaja habis showcase terus kami bergegas ke tingkat 20 Hotel Istana
untuk temubual eksklusif bersama ERA TV. Hehehe..so Adi jugak la kena
menemubual Anggun...Buat 2 kerja dalam 1.