20 MAC 2009 JUMAAT ..Hari ni pagi pagi boss dah SMS today ada artis untuk Sunburst..alamak..mengejut la pulak...yup..artis yang di maksudkan ialah 21st Night..memang best diarang ni..sebab nya..dengan gitar Kapok Murah jer...diarang boleh buat lagu diarang secara unplugged dengan sedap sekali...terpegun dengan lagu diarang la..kalau korang dengar hari tu..hehehe..diarang perform untuk Sunburst jugak!!
Kebetulan pulak si Roslin ni nak ke Adrabad untuk pertandingan india Open akhir mac ni,,so dia dah dapat raket baru...perghhh memang sedap ka...harga pasaran untuk raket tu ialah hampir RM1000.....
Mawi baru join dalam 3 minggu la..okla jugak mamat ni main badminton..selain itu kami mendapat sedikit ilmu dari Roslin Hashim..walaupun kami ni amatur....terima kasih kepada dia yang sudi main dengan kitarang...huhuhu
adi dan Ray sekarang ni tgh cuti...jadi selama seminggu adi cuti ni adala kerja lain nak kena buat...termasuk la main badminton,...yeah..inilah salah satu cara untuk kekal cergas cerdas dan aktif..huhuhu...ramai selebriti yang bermain bersama kami...seperti Mawi, Shaha Slam, Farouk Hussein, 6ixth Sense dan ramai lagi...

Khamis 19 MAc 2009

Yup 1st time dapat interview si Joe Flizzow ni...sejak zaman Adi bertugas kat radio sebelum Era lagi .. Joe baru balik dari London buat persembahan depan Prince Andrew kat UK sana....gempak la ..Joe Flizzow turut terlibat untuk Sunburst 2009. Album solo terbaru dia bertajuk PRESIDENT....so korang beli dan dengar la yer...

Sekali tengah main , kaki kawan Adi ni ..si Eiman..meletup lak lutut dia..beralih lutut dia..alahai..kena macam Adi la pulak..hmmmm...sakit ooo...terus Eiman keluar dan terbaring kat kerusi sambil urut bengkak kat lutut tu dengan air sejuk...sebagai pengganti ais..huhuhu

17 MAC 2009

Biasanya orang sambut hari jadi dengan tiupan lilin, tapi Adi tak buat kali ni , caranya ..ajak bebudak skuad Era dan juga beberapa orang pendengar setia Era..dan terus kitarang buat match futsal kat HTO de Futsal kat USJ...bestnya dapat main balik ke sini...mengah jugak la sebab padang kat sini cantik dan juga besar..huhuhu...Thanks kat kengkawan yang sudi dtg main futsal tempoh hari..:)

Haaa...pemenang nya ialah ...Hafiz dengan lakonan sebagai anak tiri dan Din Beramboi sebagai Mak Tiri....Hafiz memang menghiburkan mengundang gelak ketawa penonton..dan berjaya membawa pulang RM30 000...wow!!

Bayangkanlah!!Inilah namanya rezeki di hari Hujan..Manakala naib johan milik Masyudi dari Kem Sg Besi berlakon dengan Din Beramboi sebagai banduan yang lepas lari....Masyudi berjaya membuatkan Din Beramboi terdiam..hahaha...buku bertemu ruas...dan Masyudi membawa pulang RM10 000.Tahniah diucapkan pada yang menang

http://adifashla-selamanya.blogspot.com

Ketika pertandingan dah nak habis dalam 30% lagi...hujan turun dengan lebat sekali..yup..selebat lebatnya..namun alhamdulillah penonton tetap memberikan sokongan..malah mereka sanggup basah kuyup..semata-mata nak tengok Drama Sebabak ini..Walaupun hujan ..acara terpaksa di teruskan juga..sebab takut takde masa nanti dan artis pun sedang menanti untuk membuat persembahan iaitu Mila dan Bunkface...yang membuat persembahan ketika hujan turun lebat, manakala Dina, Resmonu dan juga 6ixth Sense dah membuat persembahan awal sebelum hujan turun..
Inilah juri untuk Drama Sebabak Era ..Saiful Apek, Fasha Sandha dan juga Norman KRU..Sesiapa yang menang hari ini akan berlakon sebagai pelakon tambahan dalam filem filem keluaran KRU Studios....perghhh terus jadi artis!!!!...