Assalamualaikum, Hai semua pendengar ERA, Ini pertama kali Adi menulis di Blog ini, Yup Adi baru sahaja menyertai ERA setelah hampir 4 tahun bersama dengan Xfresh . Tawaran untuk menyertai ERA ini memang sesuatu yang mengejutkan Adi. Yup , tak pernah terlintas selepas 4 tahun untuk berhijrah ke ERA. Tatpi semuanya berlaku cukup pantas, satu hari Boss Adi ajak minum dekat cafe dengan lagak seolah olah Adi dah buat salah besar....yesss..memang cuak la..sebab setahu Adi..Adi takde pun buat salah salah apa... Setelah beberapa lama , barulah "boss" Adi tu berhenti "berlakon" dengan memberitahu berkenaan Adi akan di pindah kan ke ERA....reaksi Adi?..Speechless la...hahaha... Satu malam gak la tak tidur memikirkan tawaran ni. Banyak benda ooo nak kena fikir. Maklum lah besama ERA , jadi tanggungjawabnya lebih besar. Tapi harapan yang diberikan oleh Boss semestinya Adi takkan hampakan. Lagi pun ini adalah peluang Adi untuk bekerja dengan "waktu normal"..selepas 3 tahun bekerja malam di Xfresh dulu.. Apa - apa pun semuanya dah berlaku sekarang, So Adi harapkan para pendengar ERA dapat menerima Adi seadanya dan di saat ini, Adi masih lagi belajar untuk menyesuaikan diri dengan suasana kerja di ERA . Teruskan sokongan anda kepada Adi dan ERA..sesungguhnya kami memerlukan anda!.